Peluang Menjadi DJ Bersama Kami


Disebabkan kami masih lagi baru, kami kekurangan DJ. Dan ini punca kami tidak dapat menghiburkan anda dalam tempoh jangka panjang. Apabila DJ offline.

Kami pun bergerak secara underdog. Dan kami masih lagi belum mempunyai Dana yang besar untuk menggajikan DJ2. Cuma yang ada sekarang ini sukarelawan dari kawan-kawan mahupun adik beradik sendiri. Jadi kami ingin mencari sukarelawan yang sanggup menjadi DJ di Fuiyo FM.

Segala tanggungan kos server adalah dibawah tangunggan kami sendiri dan kami. Jadi kami hanya memerlukan Dj sukarelawan bagi memeriahkan Fuiyo FM. Dan anda sudah tentunya akan mempunyai followers anda sendiri dengan gaya celoteh anda sendiri. Anda sebagai DJ Fuiyo FM mempunyai hak anda untuk mengiklan produk anda sendiri melalui segmen anda sendiri.

Minat nak jadi Sukarelawan DJ kami. Dan apakah syarat-syaratnya. Kami di Fuiyo FM tidaklah memberikan syarat-syarat yang ketat kerana kami pun masih dalam belajar. Jadi disini kami sediakan syarat-syarat mudah untuk anda apply.

Antara syarat-syaratnya.

1. Anda mempunyai kebolehan bercakap dengan baik.
2. Mempunyai peralatan microphone sendiri. Seperti headphone yang ada mic atau jika anda kaki karaoke, guna karaoke anda sendiri untuk bunyi yang lagi menarik dan berkualiti.
3. Mempunyai simpanan lagu anda sendiri. Kalau boleh format MP3.
4.Mmpunyai perisian untuk bercakap dan memainkan lagu seperti Winamp, Sam Broadcaster atau yang seangkatan dengannya dan mempunyai kebolehan untuk menggunakannya. Perisian mengikut kehendak anda. Kalau anda biasa guna winamp. Boleh gunakannya.
5. Berikan kami slot waktu pilihan anda untuk dijadikan anda DJ. Dan kami akan ciptakan segment anda. Dan sila berikan nick pilihan anda untuk kami update di blog. Contoh seperti DJ zulfan – Segmen Apa Pon Boleh.

Jika anda berminat nak memohon. Sila hantarkan permohonan ringkas anda ke alamat email kami di cba900@gmail.com. Dan kami akan melayani anda secepat yang mungkin.

Jika anda sudah jadi DJ di Fuiyo FM. Sila beritahu kami waktu anda akan online kerana kami akan matikan mod auto DJ dan memberikan anda peluang untuk bercakap secara Live DJ.

Sekian Terima Kaseh

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text